Bulan Februari datang lagi. Salah satu bulan yang paling saya suka sebab saya dilahirkan pada penghujung bulan Februari. Syukur Alhamdulillah pada tahun saya dilahirkan bulan Februari hanya sehingga 28hb sahaja. Kalau tidak mungkin terpaksa sambut hari lahir 4 tahun sekali.
Februari adalah bulan kedua tahun dalam Kalendar Gregory. Kata ini diambil dari Bahasa Belanda Februari yang mengambil dari bahasa Latin, Februus, dewa penyucian. Bulan ini merupakan bulan istimewa sebab panjangnya boleh 28 atau 29 hari, pada Tahun lompat. Pada waktu dahulu Februari adalah bulan penghabisan, sampai tahun 450 sebelum Masihi, ketika akhirnya diletakkan di belakang Januari. Mac sekali sebagai permulaan tahun, dan Februari sebagai bulan penghabisan. Tetapi akhirnya Februari kembali diletakkan sebagai bulanke-2. Oleh bangsa Rom bulan ini dipandang sebagai waktu untuk meraikan upacara penyucian. Dan inilah beberapa keunikan yang ada pada bulan Februari:
Kalendar matahari yang diguna pakai sekarang, berasal dari Kalendar zaman Rom ratusan tahun sebelum masehi. Raja Rom pertama, Romulus, membuat sistem Kalendar untuk menentukan waktu melakukan kegiatan keagamaan serta musim tanam dan tuai. Waktu itu, kalender dibuat berdasarkan pengiraan bulan dan bukan Matahari. Awal tahun ditentukan bulan Mac dan akhir tahun pada Disember. Ke mana Januari dan Februari? Tidak ada! Januari dan Februari jatuh di musim sejuk. Musim sejuk tidak penting bagi pertanian.
Raja Rom seterusnya adalah Numa Pompilius. Ia menyempurnakan sistem kalendar yang sebelumnya. Selain itu, kalendar semakin diperlukan juga untuk penentuan waktu melakukan upacara keagamaan. Pada masa ini dibuatlah bulan Januari dan Februari.Dengan demikian, dalam setahun terdapat 12 bulan, sama seperti umumnya jumlah bulan pada kalendar yang berdasarkan perputaran Bulan. Jumlah hari dalam setahun juga ditentukan 355 hari. Angka ini mendekati lama waktu peredaran bulan dalam setahun, iaitu 354,5 hari. Awalnya, Januari dan Februari terdiri dari 28 hari. Namun, pada masa itu, jumlah ganjil menandakan sial. Sepuluh bulan yang lain sudah terdiri dari 29 hari atau 31 hari. Jumlah hari dalam setahun baru 354 hari. Apa yang dilakukan Raja Numa?
Raja Numa menambah satu hari pada bulan Januari dan membiarkan Februari tetap 28 hari. Bagaimana dengan sial di bulan Februari? Sial boleh dihapuskan dengan upacara penyucian. Lagipun, itu musim sejuk. Mudah-mudahan dengan jumlah hari yang sedikit, musim sejuk cepat berganti. Banyak yang menduga, itulah pertimbangan Raja Numa waktu itu.
Sehingga kini, Februari masih tetap dipertahankan 28 hari. Hanya kadang-kadang, jumlah hari di bulan ini disesuaikan. Paling tidak, tiga kali Februari "ditetapkan" jumlah harinya.Pertama oleh Raja Numa. Setiap beberapa tahun sekali, jumlah hari Februari ditetapkan.Ini untuk mencocok-an penanggalan dengan musim yang sesungguhnya terjadi. Kemudian oleh Julio Caesar. Pada masa inilah Kalendar dibuat berdasarkan Matahari. Pada masa ini pula muncul aturan tentang tahun lompat, iaitu Februari menjadi 29 hari setiap empat tahun sekali. Kalendernya kemudian disebut Kalendar Julius. Selanjutnya oleh Paus Gregory XIII, tahun 1582. Saat itu Kalendar Julius tidak boleh tepat lagi dipakai menentukan hari raya Paskah. Peraturan tentang tahun lompat disempurnakan. Februari berjumlah 29 hari di tahun-tahun yang angkanya dibagi empat. Jika angka tahun habis dibagi 100, tahun lompat terjadi jika tahun itu habis dibahagi empat dan empat ratus.Kalendar Julius kemudian digantikan oleh Kalendar Gregory.
No comments:
Post a Comment