Zikir Harian

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) [Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri]
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) [Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung]
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) [Ya Allah, Rahmatilah Ke atas Nabi Muhammad S.A.W & Keatas Keluarga Baginda]
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) [Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa]
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) [Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya]
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X ) [Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah]

Tuesday, May 13, 2014

Pengurusan Stress

Stress atau tekanan merupakan  tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.


Faktor yang menyumbang kepada stress jenis ini ialah:

o Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
o Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
o Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
o Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
o Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
o Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
o Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
o Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
o Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
o Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan sebagainya
Tanda-tanda ‘Stress’
- Tegang dan gementar serta gugup
- Terlalu runsing – fikiran terganggu
- Tidak boleh santai
- Rambut keguguran
- Sukar tidur
- Enggan kerjasama
- Tindakan mengambil dadah
- Emosi tidak stabil
- Takut menghadapi masalah
- Otot mengalami sentakan-sentakan kecil
- Sistem imun badan lemah
- Pernafasan kencang
- Sakit jantung
- Sakit kepala
- Perut sebu masalah penghadaman
- Darah tinggi
Pengendalian ‘Stress’ Yang Berpunca Dari Kerja dan Tugas
- Aturkan pengurusan masa
- Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
- Pergaulan bersama rakan sekerja
- Belajar kemahiran atau perkara yang baru
- Hadapi masalah kerja secara terus
- Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
- Membantu orang lain
- Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
- Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita
Strategi Mengurangkan ‘Stress’ Aspek Kerohanian:
Kerohanian adalah faktor penting ‘stress’. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
- sembahayang
- zikir
- munajat
- meditasi
- berguru
- berbincang dengan rakan
Munajat
- Bernafas perlahan-lahan
- Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
- Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
- Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui CD
Strategi Mengurang ‘Stress’ Aspek Fizikal:
- Diet
- Urut
- Mandi air suam/berendam kolam air panas
- Menangis
- Bermain
- Menjerit
Mengelak stress dengan :

- elakkan beban kerja berlebihan
- mengetahui kemampuan sendiri
- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
- membuat kerja secara muafakat.
• Meningkatkan ketahanan diri dengan :
- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksasi otot secara progresif)
- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
- berfikir secara positif
- mampu (menerima kritikan dengan baik)
Sumber: ptkbgpasu.wordpress.com dan kbgkerian2.blogspot.com

Wednesday, January 15, 2014

Kebaikan Air Kosong


Rasanya semua orang mengetahui pengambilan air kosong atau air suam yang mencukupi memberi banyak kebaikan namun masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa terutamanya anak muda yang lebih gemar mengambil air bergas. 

Percaya atau tidak, mengikut kajian, dalam kalangan lelaki juga, pengambilan air kosong boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan lebih macho dan maskulin kerana air kosong adalah asas kepada kesediaan tubuh kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan. 

Air kosong membantu sistem badan. Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.

Malah air kosong juga boleh membantu bentuk darah baru. Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises.

‘Mucosal fold’ pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan yang darah segar yang baru dihasilkan ‘musical fold’.


Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja ‘musical fold’, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah adalah faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.


Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik saja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dulu. Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.


Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu. Itu adalah petua penting khususnya bagi lelaki yang inginkan tubuh cantik dan kelihatan macho. 


Lelaki sememangnya perlu menjaga ketrampilan diri terutamanya pada aspek penjagaan tubuh badan dan kesihatan diri. Justeru dengan mengambil air kosong yang konsisten setiap hari, ia boleh menjamin keseimbangan itu.


Maklumlah jika mahu dibandingkan, lelaki lebih terdedah dengan pengambilan makanan ringan mahupun minuman manis kerana mereka jenis yang tidak mengambil berat soal diri ataupun diet. Jadi kalau mengamalkan air kosong setiap hari, setidak-tidaknya ia mampu menjaga sistem darah dalam badan sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.


Bagaimanapun bagi golongan wanita, air kosong juga penting bagi mereka namun ia tidak perlu ditekankan kerana mereka memang jenis yang gemar mengambil air kosong setiap hari tanpa perlu disuruh.


Air kosong sudah tentu membuatkan kulit lebih segar dan bersih. Jauh daripada penyakit seperti kencing manis dan sudah tentu akan menstabilkan sistem badan secara menyeluruh. 


Kajian sains membuktikan makanan memberi kesan pada perlakuan seseorang. Dalam kajian terbaru mendapati kanak-kanak yang banyak minum soda (minuman bergas) menunjukkan perlakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda.


Hasilnya, penyelidik merumuskan kanak-kanak yang minum dua tin soda sehari dikatakan lebih agresif. Lebih menarik, kanak-kanak yang minum empat tin soda sehari mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk merosakkan barang orang, terbabit dalam pergaduhan dan membuat serangan fizikal berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda. 


Namun penyelidik tidak dapat menerangkan kaitan antara soda dan masalah perlakuan pada kanak-kanak, tetapi ada kemungkinan kandungan soda iaitu kafein atau fruktosa daripada sirap jagung yang tinggi menyumbang kepada perkara itu.


Bagaimana untuk kita memupuk sikap mengambil air kosong di rumah atau dalam sesebuah institusi keluarga?


Berhenti beli minuman bergas dan hadkan pengambilannya. Tegaskan minuman bergas hanya dihidangkan dalam rumah anda pada acara tertentu. Untuk berhenti mengejut mungkin agak sukar tetapi buat secara perlahan-lahan dengan membeli minuman bergas dalam botol kecil atau kuantiti yang sedikit.


Ganti minuman bergas dengan jus buah-buahan. Lebih baik jika dapat menyediakan sendiri jus buah untuk keluarga kerana ia boleh mengurangkan kuantiti gula dalam minuman.


Jika terpaksa, campurkan minuman bergas dengan air masak pada nisbah 1:1. Jika satu gelas minuman bergas, bermakna dicampurkan dengan satu gelas air masak. Ia secara perlahan-lahan akan mengurangkan keinginan untuk minum minuman bergas.


Hidang minuman yang lebih menyihatkan seperti susu, susu soya dan jus buah.


Sumber: harian metro




sawang

Lama tak update blog ni...makin bersawangla