Zikir Harian

ZIKIR HARIAN

HARI AHAD: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) [Ya Allah, Tuhan Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri]
HARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) [Tiada Daya & Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung]
HARI SELASA: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) [Ya Allah, Rahmatilah Ke atas Nabi Muhammad S.A.W & Keatas Keluarga Baginda]
HARI RABU: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) [Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Tuhan Maha Esa]
HARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) [Maha Suci Allah Yang Maha Agung & Segala Puji UntukNya]
HARI JUMAAT: Ya Allah ( 1000 X )
HARI SABTU: La ilaha illallah ( 1000 X ) [Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah]

Sunday, September 22, 2013

Bayar Hutang PTPTN


Tinggal seminggu  je lagi tempoh peminjam yang selesaikan hutang PTPTN sekaligus dapat diskaun 20 peratus dari baki hutang. Syukur alhamdulillah saya dah habis bayar semua hutang PTPTN pada bulan Ramadhan (bulan 7) yang lalu dan dapat diskaun hampir RM 3K. Memang rasa berat hati bila terpaksa keluarkan duit simpanan yang saya simpan bertahun-tahun. Tapi bila fikir hukum membayar hutang adalah wajib dan saya tak suka hidup dengan hutang keliling pinggang, terpaksa jugak saya bayar.

Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)


Rasulullah S.A.W bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)



Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahawa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)



Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.


Hukum Tidak Membayar Hutang

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

i.    Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii.   Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii.  Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv.  Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)". (Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.(Riwayat Baihaqi)

Jadi segerakanlah membayar hutang. Kita tak tahu bila ajal kita. Takkan dah matipun nak menyusahkan orang lain terutamanya mak bapak kita untuk bayar hutang kita pulak.



UPDATE: Melalui Bajet 2015, diskaun 20% akan diberikan bagi penyelesaian penuh hutang PTPTN sehingga 31 Mac 2015. Jangan lepaskan peluang ini

No comments:

Post a Comment

sawang

Lama tak update blog ni...makin bersawangla